Wednesday, July 12, 2017

Selepas sebelas bulan: perjalanan HLP

at 2:08 AM
Sebelas bulan setelah sekolah itu aku tinggalkan...

Sebelas bulan setelah aku menghuni kampus kecil comel ini. 

Kampus Minden ini aku kira sebuah kampus yang sedang-sedang besarnya. Jika dibandingkan dengan UiTM Shah Alam, UiTM SA jauh lebih besar dan terasa lebih ramai pelajarnya. Mungkin sebab USM ini terpecah kepada beberapa kampus. 

Ada Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal, ada kampus kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Jadi, kampus utama macam tak terasa sangat dengan pelajar. Eh, mungkin sebab aku jarang keluar bilik hahaa... tapi serius kat sini lengang semacam, bilik mandi tak kelam-kabut dengan orang. Kalau dulu, masa aku di UiTM SA, bilik mandi tu, lewat sikit mandi, kena berbaris. Yalah, aku tinggal kat Desasiswa Bakti Permai. Bakti Permai memang khusus untuk pelajar Sarjana & PhD. Pelajar undergraduate majoritinya di Desasiswa Tekun, Indah Kembara, Fajar Harapan sana.

Semester 1 aku dapat 3.67. Itu kira rendah hmmm agak sedih juga sebab kawan sekelas aku ada yang dapat 3.86. Padahal, kalau aku tak ambil 2 subjek dari semester 3, pointer aku pun 3.86 juga wuwuwuwu... 

Pointer aku jatuh ke 3.67 sebab satu subjek semester 3 yang aku tarik ke semester 1 dapat B. Tiga subjek lain aku dapat A, A & A-. Yang dapat B itulah yang tarik pointer aku ke bawah.

Kalau ikut buku panduan, Semester 1 aku kena ambil 2 subjek. Semester 2 ambil 2 subjek lagi. Semester 3 pun ambil 2 subjek saja. Semester 4 cuma dissertation sahaja. Tapi, itu untuk part time student. Aku full time, cuma 3 semester saja. Jadi, subjek Semester 3 aku tariklah pi Semester 1. Itu yang Semester 1 kena ambil 4 subjek. Gila banyak, padahal dulu masa undergrad aku ambil sampai 8 subjek satu sem hahaa... tapi yalah. Sekarang, makin tua, otak susah nak hadam ilmu sikit kahkah.

Semester 2, result baru saja keluar semalam hikhik. 

Cuak tau. Tepat 11.58 aku semak di USM Campus Online, masa tu subjek Sem 2 dah muncul di slip exam dalam Campus Online. Tapi result / gred tak ada lagi. Tepat jam 12 tengah malam, 11 Julai 2017, aku refresh page tu diaaa hahaa tak sabar ahkah tau!

Rasa macam tak percaya sebab dapat 3.86 hiphip horayyyy!

Yalah, yalah. Aku kan ambil 2 subjek saja -___-

Satu, A. Satu lagi A-. Sebenarnya ada kecewa sikit, sebab aku target 4 flat. Tapi yang subjek dapat A- tu memang dah tak boleh dah, sebab itu subjek menghafal *nanges*. Aku bukan pandai sangat kalau bab hafal menghafal ni. Yang dapat A tu paper Statistik. Ini main kira-kira, deal dengan nombor. Aku suka kalau nombor. Malu jugak, sebab aku kan full time student. Student Master part time ada beberapa orang tau dapat 4 flat, tapi dengar-dengar dari kursus TESL. Kalau Special Education macam aku, sem ini tak ada yang dapat 4 flat. Syukur jugak, sebab memang tak sangka boleh score A- (walaupun target asal ialah A), sebab daya ingatan dan daya hafalan aku bukannya baik sangat.

So, jumlah CGPA aku sekarang ialah 3.73 yeayyyy. Tak ada rezeki nak dapat 3.8 ke atas, tak apalah. Ini pun dah ok sangat.

Ok, next cerita.

Rata-rata pelajar postgraduate di sini muda-muda belaka. Muda-muda dah ambil PhD. Mereka ini semua tak ada kerja tetap lagi, majoritilah. Sara diri di kampus ini dengan pekerjaan sebagai Research Assistant. Ada juga yang memang bukan RA, tapi buat kerja lain; pemandu uber/grab car, part time di kedai fotostat, kerja kedai makanan, macam-macamlah kerja yang mereka buat. Biasiswa tak ada, tapi ada beberapa orang ada dapat biasiswa My Brain, biasiswa lain ada juga rasanya. Pandai mereka ni cari dana tau.

Kawan-kawan sekelas aku yang ambil secara part time pula, guna duit simpanan sendiri untuk bayar yuran. Ada yang ambil wang simpanan KWSP, simpanan sendiri, ah macam-macamlah. Respect tau mereka ni. Dalam kalut-kalut mengajar di sekolah, bekerja lagi, masa untuk keluarga, masa untuk kuliah dan assignment, bukan calang orang tau boleh buat begitu. Aku lainlah, makan tidur belajar saja kat sini (hmmm... tiba-tiba rasa down sebab malulah, full time, ambil 2 subjek saja, 4 flat pun tak boleh). 

Keputusan HLP dah tahu kan. Tiba-tiba rasa sedih pula sebab sem depan ialah sem terakhir aku di sini waaaa... sedihnya. Seronok tau belajar ni, dalam masa yang sama gaji jalan, elaun masyuk hikhik... pastu tak yah gi mengajar kahkahkah... ampun BTP ampun KPM, eh salah... terima kasih penaja. 

Insya Allah, next journey, ada rezeki kita sambung PhD ya. Harapnya dapat ke UK eh eh...




2 jika kau rasa:

hafiz said...

Assalamualaikum cikgu.saya en.hafiz dari ppd jelebu,n.9.Tahniah atas pointer cikgu.terbaikkk.alhamdulillah saya telah pun mendapat tawaran dalam HLP Sarjana Pendidikan Khas untuk kemasukan 2017 dan saya amat perlukan maklumat2 dari rakan2 senior HLP kerana saya dari bidang pemulihan khas.Boleh tak saya dapatkan maklumat dari cikgu berkenaan Master Pend.Khas di USM melalui facebook saya harapnya dapat cikgu request friend saya di link kerana saya tidak dapat link fb cikgu di mana2:.
fb :https://www.facebook.com/encik.hafiz.923
email : hulk_hanu@yahoo.com

Harapan saya agar dapat cikgu membantu saya jelas tentang hala tuju masters pend.khas ini..

~ wawa di sini ~ on 10:16 PM said...

Cikgu Hafiz, saya dah hantar friend request kat cikgu.

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei