Friday, December 30, 2016

Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan anyone?

at 3:06 PM
Assalamualaikum


Mesti semua dah tertunggu-tunggu dah kan, bilalah iklan permohonan Biasiswa HLP ni nak keluar.

Haa... ni haa... kenyataan rasmi dari Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM.


Maklumat Berkaitan Program Penajaan Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program penajaan bagi membolehkan proses permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017. Perubahan dan penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017.



Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang. Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM melalui laman sesawang Kementerian (http://www.moe.gov.my/…/2762-maklumat-berkaitan-program-pen…) secara berperingkat sebelum iklan penawaran dikeluarkan. Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan difahami oleh setiap bakal pemohon bagi mendapat kefahaman yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.


Sekian, terima kasih.

Maksudnya, korang kenalah update maklumat dalam e-operasi tu semua. Yang pegawai PPD atau JPN ni aku tak tahu pulak macam mana sebab e-operasi ni kan untuk cikgu-cikgu je kan hmmm....

Okaylah, ni aku nak bagitahu satu tips macam mana nak mohon HLP ni, eh eh, boleh ke dikatakan tips hikhik...

Masa aku pergi temuduga HLP ni tahun 2015 dulu, antara yang temuduga dengan aku masa tu ialah cikgu-cikgu sekolah menengah & pensyarah IPG. Aku terima HLP tahun 2016, masuk universiti sambung master start bulan Septermber 2016. Masa temuduga tu memang aku kecut perutlah sebab aku fikir, alamakkkk, kena temuduga sekali dengan pensyarah IPG. Yang seorang tu sedang sambung Phd, dia nak mohon HLP ni sebab nakkan kemudahan cuti belajar tu. Katanya penat dan susah sangat ambil Phd dan dalam masa yang sama mengajar di IPG. 

Aku cuaklah, sebab yang pensyarah IPG ni macam hebat sangat. Yang cikgu sekolah menengah tu pula pun bawa fail siap 2, 3 ketul. Aku bawa fail sijil-sijil aku seketul je dan salinan proposal aku yang tah apa-apa. Dahlah aku ni cuma cikgu sekolah rendah je. Muka sememeh, blazer takdak, sebab mahal so pikir 68 kali nak beli ke tak. Tapi, rupanya, buat rugi je aku cuak hehe... sebab, Biasiswa HLP ini ada kuota tertentu. Haa... kuota macam mana tu?

Ok. Yang dapat HLP ni dari zon Timur (zon Sabah Sarawak), ada 30 orang. Untuk 2016 lah. Untuk seluruh Malaysia dalam 300++ aku lupalah, mana tah buku aku yang aku catit jumlah yang tepat hari tu. Kat rumah kut, maklum dah dapat HLP so aku dah malas dah nak ambil kesah berapa orang yang dapat. Yang penting aku dapat wkwkwkwk...

Kuota HLP macam ni:

Ada kuota untuk cikgu sekolah rendah
Ada kuota untuk cikgu sekolah menengah
Ada kuota untuk cikgu Kolej Vokasional
Ada kuota untuk pensyarah IPG
Ada kuota untuk pensyarah Kolej Matrikulasi
Ada kuota untuk pegawai PPD / JPN

Haaa camtulah kiranya. So, kalau korang cikgu sekolah rendah macam aku, yang setakat ajar kelas pemulihan khas ni, yang macam tak dipandang orang, jangan risau. Yang penting semua syarat dipenuhi. Tips lain?

1. Markah LNPT mesti 85% ke atas untuk 3 tahun berturut-turut (yang terkini), aku dapat 90++ untuk 2012, 2013 & 2014, so purata aku dah lebih 90%  jugak. Ini sangat membantu tahu tak, sebab nanti kalau tak silap aku, markah LNPT ni akan bagi markah jugak kat diri kita jugak. Yalah, beribu orang mohon, dah tentu salah satu cara nak saring semua yang memohon ialah dengan cara susun ikut ranking kan. 

2. Buku. Terbitkan buku. Buku apa-apalah. Kebetulan aku ada hasilkan modul bersama dengan guru-guru pemulihan khas lain, so aku bawak modul tu semua, walaupun modul tu nampak sememeh sikit, yalah sebab yang buatnya aku dan kawan-kawan, yang sunting dan editnya aku jugak hmmm... tapi jadilah kan. Untuk kukuhkan permohonan korang.

3. Kalau takde buku? Apakata korang buat blog atau page FB? Yang bagi informasi kepada semua cikgu-cikgu di luar sana. At least ada usaha untuk korang memperkenalkan satu lagi sisi hidup korang, yalah kan, selain jadi cikgu kat sekolah, jadi cikgu kat alam maya jugak hahahaaa...

4. Temuduga. Masa temuduga, kalau penemuduga tu suruh perkenalkan diri dalam BI, cakap je BI. Ala, ayat perkenalkan diri dalam BI korang boleh karang siap-siap kat rumah. Aku hari tu tak expect pun disuruh perkenalkan diri dalam BI, aku pun cakap je. Grammar salah biaq pi, yang penting aku dah cuba sehabis daya.

5. TAJUK PROPOSAL: mesti menarik perhatian. Serius aku cakap, tajuk proposal kajian aku SANGAT MENARIK PERHATIAN hikhik... ok tak nak cakap apa tajuk. Sebab memang aku nak buat pasal tajuk ni pun untuk research aku nanti.


OK... selebihnya tawakal. Ada rezeki, adalah tu. Mungkin ada orang kata, ala, takde biasiswa takpelah. Boleh gak sambung belajar. Tapi meh akak nak story sikit. Bila kita sambung belajar dengan biasiswa ni, dia macam satu rasa yang tak dapat digambarkan tau tak. 

Peluang untuk jadi pelajar sepenuh masa, peluang untuk tinggal di kampus, peluang untuk jadi muda balik hikhikhik... peluang untuk explore kampus yang jauh-jauh dari rumah (ada elaun bawa keluarga untuk yang dah berkeluarga), so jangan susah hati. Insya Allah duit itu cukup. 

All the best. 

Serius cakap, aku seronok di sini. Rindu rumah, tapi ya, di sini tetap seronok. 



0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei