Tuesday, July 19, 2016

next step HLP

at 10:16 AM
Assalamualaikum

Minggu lepas, start Isnin sampailah Jumaat, 5 hari sekolah, 5 hari juga aku kena migrain. Selasa paling teruk sampai petang tu aku rasa nak termuntah dalam kereta, masa taklimat staf pasal kebakaran, aku dah lumur minyak angin cap kapak kat satu muka. Satu muka tu tahu. 

Selang 10 minit lumur lagi sebab rasa angin tu dah hilang. Aku sapu minyak angin cap kapak tu kat dahi, kat bawah hidung, kat tengkuk, memang sapu kaw-kaw punya, sebab aku rasa kepala aku panas. Dah makan ubat painkiller pun macam takde kesan. Ustaz siap kata kat aku, ni belum lagi masuk master hahaa... kalau dah amek master nanti cemanalah tu agaknya dia kate hihiii...

Semangat nak mengajar seriously aku dah rasa merudum so bila Hadiah Latihan Persekutuan ini datang, aku rasa yesss, tepat pada masanya. Aku perlu cas bateri, aku perlu satu suasana baru, suasana yang berlainan yang jauh dari kelas aku. Harap-harap habis belajar nanti, aku akan kembali mengajar dengan lebih bersemangat.

Setakat ni aku dah tulis 2 novel dan 1 cerpen. Yang cerpen tu dalam antologi cerpen. Tak mula lagi novel ketiga, ura-ura nak tulis pun tak ada ni, sebab itu aku suka sangat bila dapat peluang sambung belajar. Harap-harap dapat tempat yang aku minta, so nanti bolehlah tulis buku baru dengan suasana lebih segar. Idea yang baru, ah segala-galanya barulah.

Ahad ini mula kursus untuk penerima HLP. Seminggu. Sebelum ini aku dengar kursus sampai 2 minggu, tapi mungkin tahun ini tak cukup bajet ke, mungkinlah... tapi elok juga seminggu tu. Biar padat dan singkat. 

Haa... ni isi suratnya. Hantar melalui email yes aku suka, paperless...


Tuan/Puan,

JEMPUTAN KURSUS PERSEDIAAN PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA  BAGI PENERIMA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) KPM TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya saya telah diarah menarik perhatian pihak tuan/puan mengenai perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah ditawarkan untuk mengikuti program seperti berikut :

Peringkat Pengajian
:
SARJANA
Program        
:
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
Bidang           
:
xxxxxxxxxxxxxxxxx






3.         Sehubungan itu, tuan/puan DIWAJIBKAN untuk menghadiri KURSUS PERSEDIAAN PENGAJIAN yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti ketetapan berikut :-

Tarikh Kursus
:
xxxxxxxxxxxxxxxxx
Tempat
:
xxxxxxxxxxxxxxxxx
Pendaftaran /
:
xxxxxxxxxxxxxxxxx




4.         Untuk makluman tuan/puan, kemudahan penginapan, makan dan minum sepanjang kursus akan disediakan. Tuan/puan diminta membawa bersama senarai keperluan yang diperlukan semasa menghadiri Kursus Persediaan tersebut :-

i.                 Pakaian Fomal sepanjang tempoh kursus beserta tanda nama
ii.                Pakaian sukan (bersesuaian dengan aktiviti fizikal)
iii.               Komputer Riba beserta dengan Perisian SPSS dan NVIVO
*digalakkan membawa broadband DDD
iv.              Keperluan peribadi (*Selimut tidak disediakan)


5.         Kehadiran tuan/puan pada kursus ini boleh diambilkira sebagai kehadiran berkursus. Adalah dimaklumkan sebarang perbelanjaan semasa menghadiri kursus adalah di bawah tanggungan Ketua Jabatan masing-masing.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“TAJAAN PENDIDIKAN MENJANA KECEMERLANGAN INTELEK”

( * Cetakan komputer tiada tandatangan diperlukan )




Migrain aku dah takde minggu ni, itulah raya makan banyak sangat daging dan ayam. Sekarang terpaksa control makan, makan nasi pun segenggam saja, haha hebat tak hebat?

Raya korang best tak?



4 jika kau rasa:

Al-Insaan73 on 1:43 AM said...

Ada exam tak?

~ wawa di sini ~ on 3:56 PM said...

Ada.

hafiz said...

Assalam.saya nak tumpang tanya cikgu mengenai hlp di usm.ada fb tak?sy turut sama dpt hlp pend khas tahun 2017..

~ wawa di sini ~ on 9:32 PM said...

Cikgu Hafiz, bagi emel cikgu. Saya bagi link FB saya.

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei