Saturday, May 05, 2018

Balik raya tidur hotel :p

at 4:49 PM 2 jika kau rasa Links to this post
Merujuk kepada tajuk di atas marilah saya membawa anda kepada persoalan yang agak sering ditimbulkan setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Ya, tidak syak lagi. 

Balik kampung untuk beraya, tidur hotel atau tidur rumah sedara-mara?

Baiklah. Tiba-tiba saja kan saya nak menulis mengenai hal ini, dah kenapa? Bukankah lebih baik saya tumpukan saja pada tesis saya yang masih belum siap itu hoi lusa hantar enam salinan kau dah kenapa menempel di sini? Sekejap sajalah, bukan lama pun taip blog ni :P

Ok. Kami sekeluarga selalunya memang akan balik ke kampung bila hari raya, selalunya raya ke-2 atau ke-3 dan akan bermalam di rumah nenek dalam 2 malam ke. Selalunya semalam saja, tapi ada juga 2 malam, ada juga 3 malam, eh tak tentulah. Jadi, tahun ini tadi, aku rasa tah kenapa eh macam tak selesa nak bermalam rumah nenek. Yalah, nenek sendiri kut. Tapi rumah tu sebenarnya kira rumah makcik aku. Keluarga makcik aku besar jugak. Bila balik beraya, mesti akan jadi masalah sebab kami tak dibagi bilik sendiri, sebab memang tak ada bilik tamu pun. Kami tidur merata, dari kecik lagi macam ni sebenarnya. Salin baju sajalah memang ada satu bilik khas untuk kami sekeluarga.

Dulu, masa aku kecik-kecik aku tak kesah. Tapi, bila dah dewasa macam ini, aku segan jugaklah. Bila nak mandi, terpaksa bawa semua pakaian ke bilik mandi. Sarung dalam mandi, adoiiii rimaslah. Nak golek-golek tengok TV sambil baring rehat-rehat segan pulak sebab ini bukan rumah sendiri, nak golek tang mana. Memang ada ruang rehat yang berasingan dari ruang tamu, tapi itulah, masih rasa kurang selesa. Aurat satu hal.

Jadi, aku ambil inisiatif ini: tahun ini aku dah siap sedia booked bilik hotel untuk kami sekeluarga. Tidur, rehat, kami balik hotel. Tapi, opkoslah rumah nenek aku tetap kami duduk ziarah lama sikit, cuma part nak mandi, rehat, golek-golek depan TV tu semua kat hotel. Lagipun, bila duduk rumah orang, walaupun sedara sendiri, seganlah nak kaut nasik kat dapur. 

Puasa pun belum, dah stand by soal raya cet :p

Sunday, April 22, 2018

~ tips temuduga biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan ~

at 9:17 AM 0 jika kau rasa Links to this post
Ahad, 22.4.2018

Entri kali ini sebenarnya nak cari semangat yang hilang selepas satu hari suntuk semalam aku berpoya-poya menonton drama Korea yang sungguh tak berfaedah itu ~ sigh! Dah tau tak berfaedah, lagi mau nonton ~ sigh again!

Ini ialah tips temuduga biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan ekekekee... kemain :P

Antara tipsnya ialah:

Tips sebelum temuduga:

1. Datang awal. Surat kata jam berapa adik kakak abang semua? Jam 8 ka? Ampa pi datang 8.05 pagi memang nak kena pang! Awal-awal dah tunjuk rebel kemain +___+. Ingat! Datang awal tahu. 7.30 pagi dah terpacak kat depan kaunter pendaftaran, bagus, bagus. Inilah ciri-ciri pegawai cemerlang.

2. Pakaian kemas ~ rasmi. Lengkap tag nama. Jangan pakai tag nama ada logo JPN logo KPM logo tah apa macam-macam la ampa ni. Pakai tag nama background hitam, tulisan putih tu. Jangan pakai tag nama jawi pulak dah. Yang tag nama tulisan jawi mandarin korea anyeongseyo tu semua simpan dulu k. Ingat. Tag nama anda, sila pakai!

3. Bawa fail yang lengkap dengan sijil. Sijil UPSR tak yah la. Ada tak surat suruh bawak apa-apa? Haa... ikut la surat tu semua. Kemudian kalau ada buku tulisan anda; buku kerja ka, buku novel ka akakakaa manalah tau ampa tulis novel :p haa bawak tu semua. 

Tips semasa temuduga (berdasarkan temuduga saya dulu):

p/s: saya masuk ke bilik temuduga dulu secara berpasangan. Saya dan sorang cikgu lagi. Pasangan ni ditentukan secara random, maksudnya ikut jam berapa kita mendaftar pagi tadi. Lepas cikgu lelaki tu datang, barulah saya sampai ke tempat temuduga. Jadi, kami berdualah yang sama-sama masuk ke dalam bilik temuduga tu. Saya dapat HLP, cikgu tu tak dapat. 

Kesimpulan yang saya dapat, masuk secara berpasangan adalah cara panel untuk menjimatkan masa dan membuat perbandingan ~ calon mana yang boleh mereka eliminate dan calon mana yang boleh dipertimbangkan. 

Berdasarkan pemerhatian saya, dua-dua masuk; sorang dapat dan sorang lagi tak dapat. Ada juga dua-dua dapat tapi ni sangat jarang. Ada juga dua-dua tak dapat, yang ni banyak. Tapi lebih kepada, dua-dua tak dapat. Macam mana saya tahu? Sebab kami temuduga tu 2 hari, 2 bilik temuduga. Saya temuduga hari pertama dan bilik pertama. Yang sama sesi dengan saya tu, hanya 3 orang saja kami dapat biasiswa ni. Jumlah yang temuduga untuk hari pertama bilik pertama tu dalam lebih kurang 15 ke 18 orang tak berapa ingatlah. 

1. Panel suruh perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris. Saya hentam sajalah speaking Inggeris walaupun grammar tunggang langgang. Tapi sebab BI saya tahap A- , maka bab ini rasanya saya tak ada masalah sangat. Saya ceritalah, nama saya, mengajar kat mana, apa tugas-tugas kat sekolah ~ haa... yang ni seronok cerita sebab saya banyak tugas kat sekolah. Seronok gila cerita ~ pasal saya jadi guru data, saya latih budak-budak ikut pertandingan pidato, bicara berirama, bercerita, eh macam-macamlah. Rasa takmo berhenti ekekekee...

2. Kemudian panel suruh saya bagitahu pasal proposal saya. Proposal tesis yang saya beri tu, tajuknya catchy. Jadi saya ceritalah sedikit sebanyak pasal proposal tesis saya. Bla... bla...bla... hmmm rasanya dalam 15 minit juga aku membebel bab ni. Yang ni panel tanya dalam BM. Yang perkenalkan diri tu ja dalam BI.

3. Panel tanya soalan. Soalan berkisar mengenai bidang pengajian yang saya pilih. Kenapa saya nak sangat ambil master bidang tu. Saya pun bla bla bla lagilah. Saya kan memang suka bercakap ;p almaklum debater pencen ahaks... sejak pencen jadi pemidato ni, mulut ni gatal kemain nak berpidato. Berpidato dalam bilik temuduga pun jadilah. Pastikan anda tahu latar belakang pengajian yang anda mahu pilih itu. Jangan main hentam saja lepas tu tak ada pengetahuan mengenai bidang yang anda pilih. Contoh la: pilih pengajian Artifical Intelligent (ini contoh jaa... contoh...), tapi tak tahu AI tu apa. Pilih AI pun semata-mata nak pi belajar kat oversea haa gitu. 

Okey... tu je tips. Sikit kan tips? Hahaa... satu lagi, yang terakhir. Banyakkan membaca. Bukan baca feed Facebook. Bacalah buku yang berilmiah sikit. Saya ni nampak ja sempoi suka tonton cerita Korea, tapi bila ada perkara yang melibatkan biasiswa melibatkan misi mencari ilmu ewah... saya amat serius. 

Baca k. Amalkan budaya membaca. Insya Allah, banyak membaca, anda akan jadi seorang yang sangat berpengetahuan. Dan, jangan banyak sangat kompelin jangan banyak merungut. Hidup ini kena positif.

Dahla... tu je nak cerita. Selebihnya pandai-pandai ampa la hidup. Tahap konfiden tu kena tinggi.

Saya hari tu, nampak ada calon temuduga lain (pompuan) pakai seluar slack siap blazer hitam saya dah wow! Aku ni setakat pakai baju kurung moden paling cantik dalam lemari je. Feel dia lain tau bila nampak orang lain pakai blazer. Tapi takpa, tak pakai blazer pun ok. Just pakai baju kurung (untuk perempuan) dan tudung kemas-kemas dah ok dah. Sedap mata memandang la. Jangan kain ko belah tepi ala-ala pramugari MAS pulak. Ni bukan temuduga cabin crew okeh!

Pastu, ada seorang lagi calon temuduga siap duk baca Quran kat satu sudut aku dah macam ... okey mana Yasin aku erkkk! Saya pun bacalah Yasin jugak hihihiii... tapi boleh je baca apa-apa surah atau apa-apa doa ikut kepercayaan agama masing-masing. Itu semua untuk menenangkan hati. 

All the best k! 

Saturday, April 21, 2018

Broadcasting mistakes ~ Ruler: Master of the Mask

at 12:08 PM 0 jika kau rasa Links to this post
Sabtu, 21.4.2018

Baru habis menonton Korean Odyssey. Amboi, dalam kalut nak habiskan tesis sempat na tonton drama Korea. Bersambung-sambung pulak tu hahaa... tapi aku menonton masa makan selalunya sebab aku tapau makanan. Makan kat dalam bilik, depan laptop.

Lepas dah habis Korean Odyssey, rasa macam erm... kehilangan pulak. Jadi carik la cerita lain. Aku suka cerita yang ala-ala historical. Jadi aku pilih Ruler: Master of the Mask

Malam tadi, aku tonton sampai 7 episod. Setiap episod dalam setengah jam. Ni la bahananya bila terbeli Jack & Jill. Kunyah kerepek kentang sambil minum Milo sambil tonton drama Korea. Kelaut habis tesis aku malam tadi. 

Pagi ni sambung lagi adoiii... tapi sebenarnya aku nak highlightkan benda ni.

Aku tonton Episod 8 ni haa... carik kat Facebook tapi tak terang. Kemudian jumpa web ni:

http://www1.newasiantv.co/watch/ruler-master-of-the-mask-episode-8-engsub.2423.58265.html

Sekali bila sampai minit ke 24.47, ehh kenapa ada lelaki kat kiri tu? Patutnya tadi ada dayang istana kan? 

Aku ulang balik dan tadaaaa... HAHAHAAA...

Krew rupanya hikhikhik... astaga depa ni. Tak edit betul-betul kikikiiii...

Tapi apa pun, cerita ni best jugak la walaupun plot dia macam ermmm macam ulang balik plot drama saeguk yang lain-lain tu.





Saturday, January 06, 2018

Book Depo

at 5:48 PM 4 jika kau rasa Links to this post
Jadi, aku ada satu tabiat yang tak elok hiks...

Bila aku habis baca sebuah buku, hati aku membuak-buak nak beli buku yang baru; secara spesifiknya buku cerita.

Tadi aku haru habis baca satu buku cerita yang aku beli kat kedai buku terpakai Chowrasta. Lepas tu habis baca tu, terus aku tak senang duduk. Kejap-kejap hadap laptop, kejap-kejap tengok tab. Nak beli buku online ler tu...cet!

Dengan ini saya perkenalkan, sebuah laman web tempat anda boleh membeli-belah buku dengan aman dan tenang dan boleh dibayar dengan menggunakan kad debit (kad bank) anda. Pssttt... tak payah sibuk nak ada kad kredit.

Ni haa: Book Depo Klik jangan tak klik. 

Nanti kat sini, haa pilihlah buku mana yang hangpa suka. Buku Super Minds pun ada tau.


Tak pastilah pulak harganya murah ke mahal. Kut la kan ada cikgu nak beli buku kerja Super Minds ni. Aku semak harga kat MPH Online tadi, lebih seratus juga. Book Depo ni jangan risau. Harga tu semua dah termasuk shipping & handling

Aku pernah beli sekali. Ambil masa 3 minggulah jugak. Kemas je balutannya. Buku yang aku beli tu, karya L.M. Montgomery, ala... yang penulis Anne of Green Gables tu. Tak tahu? Ah, lantak hang la. Hang bukan suka baca buku pun. Baca surat khabar, ruangan kartun dengan hiburan ja hangpa baca *____*

Buku yang aku beli tu, memang tak dijual di Malaysia. Aku dah cari dah serata Malaysia ni. Sampai ke Singapore aku pi carik tau, eh, betul ni. Tahun lepas aku pi Singapore, masuk kat kedai buku kat dalam mall kat Orchard Street tu, jumpa 1 ke 2 buku LM Montgomery ni, tapi bukan tajuk yang aku nak. Aku dah cari buku tu kat kedai buku terpakai kat Penang ni, pun takda. Nasib baik jumpa kat Book Depo. Harga? RM29 termasuk pos. Berbaloilah... sebab bila kira kadar pertukaran duit dari USD ke RM, harga buku tu USD5.99. Tukar ke Ringgit Malaysia, darab 4 lah senang cerita. Dah RM24. Jadi, RM29 untuk buku tu, kira berpatutanlah bagi aku. 

Ni, kalau esok masuk bonus ni, tangan aku gatal lagi nak beli kat Book Depo ni.

Friday, January 05, 2018

Mari menulis tesis

at 2:00 PM 0 jika kau rasa Links to this post
Sebenarnya, aku dah habis exam. Rabu lepas dah habis dah, tapi aku nak siapkan kerja lain yang berlambak ni haa amboiiii... kemain. Macam banyak sangat kerja cet!

Patutnya, semester 3 ni, aku dah viva untuk tesis. Bulan Februari patutnya dah habis dah master, dan bulan 3 atau 4 patutnya dah boleh balik bertugas semula Oh tidaaakkkk!

Tapi aku tak nak balik mengajar dulu, akak is veru stress dengan suasana di sekolah zaman sekarang, dan bukan senang hendak dapat Cuti Belajar 2 tahun macam ini. Cuti belajar aku tamat 31.8.2018. Jadi, aku maksimumkan pelan pengajian aku. 

Sem 3 ini, ikutkan aku nak lek lek dulu hmmphh... kononnya nak biarkan Sem 3 ni kosong. Boleh aku tumpukan dengan menulis artikel ke ewah kemain *____*

So, aku bagitahu SV aku; Dr. , sem ni saya tak nak daftar dulu tesis boleh tak? Saya nak main-main dulu kat USM nih. Saya takmo mengajar dulu.

Okey, tipu. Aku tak cakap macam tu. Jangan terpedaya. Saya baiklah. 

Aku cakaplah aku tak nak daftar tesis dulu, sebab aku rasa tak sempat kut nak buat tesis elok-elok. Permohonan ke EPRD pun tak hantar lagi (patutnya habis proposal defence bulan Julai 2017, aku dah boleh submit permohonan ke EPRD, tapi aku berlengah-lengah - ya, itu amalan yang tidak baik, saya faham).

Lagipun aku nak menulis: aku banyak rancangan penulisan ni.

Novel
Cerpen
Artikel
Rencana

Perghhh... banyak tau. Ya, saya penulis, tapi saya takmo bagitahu nama pena saya. Tunggu aku dah tua nanti, baru aku mengaku nama pena aku LOL! Aku cuma nak menulis dengan aman, tanpa ada sesiapa tahu itu hasil penulisan aku. Artikel... hmmm... berjiwa besar nampak erkk...

Tapi, peraturan USM begini: kalau sem X itu, kita tak daftar apa-apa subjek, maka status kita akan bertukar dari PELAJAR AKTIF ke TIDAK AKTIF, faham? Kalau TIDAK AKTIF, maka aku terpaksa mohon penangguhan which is a big no. Pengajian aku kan ditaja. Penangguhan akan menyebabkan ahemm Bahagian Tajaan (BT) tertanya-tanya; awat hang tak daftar tesis? Hang nak perabih duit kami ka? Kemain hang ni. Kami takmo bagi hang elaun.

Eh, takde la dia tanya macam tu. Kut la kan. 

Jadi, oleh kerana semua subjek wajib (yang aku perlukan untuk graduat) sudah aku ambil semuanya, dan aku hanya rancang nak daftar tesis masa Sem 4 nanti, maka Sem 3 ni tentulah kosong. Itu tak boleh. so, apa aku buat?

Aku ambil satu subjek lagi hikhikhik... subjek elektif ja untuk aku. Aku hentam ja amek satu subjek yang aku pilih secara rawak kat fakulti aku tu.

Maka, itulah sebab Sem 3 ni, aku masih ada satu subjek. Orang lain ambil Master kat USM ni dengan 40 jam kredit. Aku tiba-tiba pula 43 jam kredit hehe... terlebih satu. Yalah, dulu aku memang rancang nak habis pengajian 3 sem saja. Tapi sekarang aku tukar rancangan aku, nak buat 4 semester. Bulan Februari 2018 nanti, aku akan masuk semester 4, masa itu aku daftar tesis. Insya Allah bulan Jun 2018 aku viva. Proposal defence (Bab 1, 2 & 3), aku dah siap dah, tapi tak perfect la, kena penambahbaikan sini-sana.

Ni gambar masa OBS Run 24 Disember 2017 hari tu. Ahad ni aku ada ikut run lagi. Azam 2018 ialah kurus dengan sihat ewah! 


Monday, January 01, 2018

2018 yeayyy!

at 3:52 PM 0 jika kau rasa Links to this post
Sebenarnya, kisah mi udang ni lama dah. Saja ja aku nak update hari ni. Apa pun, selamat tahun baru 2018 semua!

Dah, dah. Aku nak belajar. Lusa aku ada exam.


Mi udang istimewa, Telok Kumbar, Penang. Kalau mi udang istimewa, udangnya banyak sikit. Aku kira ada 6 ekor udang kahkahkah siap kira tu!


Wednesday, November 29, 2017

Teluk Kumbar ~ jalan-jalan cari makan

at 4:24 PM 0 jika kau rasa Links to this post
Semalam Bella mesej aku, ajak pi Kuala Nerang, lawat baby Farah. Tapi aku tak dan nak pi sana, sebab kerja menambun ni. Dengan buku-buku yang terlalu banyak tak habis baca (buku ilmiah dan juga err... buku cerita kahkahkah). Lepas tu dia ajak aku pi makan. Tapi petang semalam kan nak jumpa SV, jadi aku malaslah nak keluar pi makan jauh-jauh. Jadi, kami berdua keluar hari ini, Rabu, 30 November.

Mulanya ingatkan dia nak bawa pi makan kat Restoran Awet Muda kat depan USM ni, lepas tu dia kata, meh kita pi Teluk Kumbar. Wah, kat mana tu? Dalam perjalanan tu, aku dok perati ja jalan kiri kanan. Ni macam menghala ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, maknanya kalau ikut peta pulau ini, kami ni ke bawahlah (arah selatan pulau), amboiiii tu diaaaa... siap rujuk peta lagi haha... Aku sekarang, kalau nak ingat tempat tu kat mana, aku cepat-cepat rujuk peta yang memang aku simpan dalam otak aku ni.


Teluk Kumbar ni jauh sikit dari Lapangan Terbang, kiri kanan macam agak baru juga. Tak sesak macam Sungai Dua, Taman Tun Sardon, Gelugor ni semualah. Kedai makan yang kami nak pergi ni best, tepi jalan saja. Ada gerai-gerai jual kuih-muih Melayu, menyesal aku tak beli kuih sikit tadi. Boleh buat minum petang. Hujan-hujan ni seronoknya kalau dapat makan kuih manis dan minum teh O / kopi O panas hmmm...

#menyesaldahulupendapatan
#menyesalkemudiantiadagunanya

Sampai depan kedai makan tu, terus aku melupakan hasrat diet aku. Kelaut habis dah diet.
Nasi putih + ikan kembung bakar + kacang panjang campur ayam goreng kunyit + ulam pegaga.
Kalau tak mengenangkan pinggan yang sudah penuh dengan makanan dan kalori yang menambun, pasti akan tambah pula semangkuk kari ikan dan ayam bakar dan ayam goreng eh, eh, melampau.
Teluk Kumbar best! Lain kali boleh pi sini lagi. Ikan bakar sedap sangat.

Perut kenyang, bolehlah sambung baca buku lagi. Tapi, kat luar mendung. Tiba-tiba teringat pula kat pisang goreng dan kopi panas.


Oh hujan. Tolonglah berhenti. Nak cari pisang goreng ni.


#membesardenganjayanyadisini

Wednesday, July 12, 2017

Selepas sebelas bulan: perjalanan HLP

at 2:08 AM 2 jika kau rasa Links to this post
Sebelas bulan setelah sekolah itu aku tinggalkan...

Sebelas bulan setelah aku menghuni kampus kecil comel ini. 

Kampus Minden ini aku kira sebuah kampus yang sedang-sedang besarnya. Jika dibandingkan dengan UiTM Shah Alam, UiTM SA jauh lebih besar dan terasa lebih ramai pelajarnya. Mungkin sebab USM ini terpecah kepada beberapa kampus. 

Ada Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal, ada kampus kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Jadi, kampus utama macam tak terasa sangat dengan pelajar. Eh, mungkin sebab aku jarang keluar bilik hahaa... tapi serius kat sini lengang semacam, bilik mandi tak kelam-kabut dengan orang. Kalau dulu, masa aku di UiTM SA, bilik mandi tu, lewat sikit mandi, kena berbaris. Yalah, aku tinggal kat Desasiswa Bakti Permai. Bakti Permai memang khusus untuk pelajar Sarjana & PhD. Pelajar undergraduate majoritinya di Desasiswa Tekun, Indah Kembara, Fajar Harapan sana.

Semester 1 aku dapat 3.67. Itu kira rendah hmmm agak sedih juga sebab kawan sekelas aku ada yang dapat 3.86. Padahal, kalau aku tak ambil 2 subjek dari semester 3, pointer aku pun 3.86 juga wuwuwuwu... 

Pointer aku jatuh ke 3.67 sebab satu subjek semester 3 yang aku tarik ke semester 1 dapat B. Tiga subjek lain aku dapat A, A & A-. Yang dapat B itulah yang tarik pointer aku ke bawah.

Kalau ikut buku panduan, Semester 1 aku kena ambil 2 subjek. Semester 2 ambil 2 subjek lagi. Semester 3 pun ambil 2 subjek saja. Semester 4 cuma dissertation sahaja. Tapi, itu untuk part time student. Aku full time, cuma 3 semester saja. Jadi, subjek Semester 3 aku tariklah pi Semester 1. Itu yang Semester 1 kena ambil 4 subjek. Gila banyak, padahal dulu masa undergrad aku ambil sampai 8 subjek satu sem hahaa... tapi yalah. Sekarang, makin tua, otak susah nak hadam ilmu sikit kahkah.

Semester 2, result baru saja keluar semalam hikhik. 

Cuak tau. Tepat 11.58 aku semak di USM Campus Online, masa tu subjek Sem 2 dah muncul di slip exam dalam Campus Online. Tapi result / gred tak ada lagi. Tepat jam 12 tengah malam, 11 Julai 2017, aku refresh page tu diaaa hahaa tak sabar ahkak tau!

Rasa macam tak percaya sebab dapat 3.86 hiphip horayyyy!

Yalah, yalah. Aku kan ambil 2 subjek saja -___-

Satu, A. Satu lagi A-. Sebenarnya ada kecewa sikit, sebab aku target 4 flat. Tapi yang subjek dapat A- tu memang dah tak boleh dah, sebab itu subjek menghafal *nanges*. Aku bukan pandai sangat kalau bab hafal menghafal ni. Yang dapat A tu paper Statistik. Ini main kira-kira, deal dengan nombor. Aku suka kalau nombor. Malu jugak, sebab aku kan full time student. Student Master part time ada beberapa orang tau dapat 4 flat, tapi dengar-dengar dari kursus TESOL. Kalau Special Education macam aku, sem ini tak ada yang dapat 4 flat. Syukur jugak, sebab memang tak sangka boleh score A- (walaupun target asal ialah A), sebab daya ingatan dan daya hafalan aku bukannya baik sangat.

So, jumlah CGPA aku sekarang ialah 3.73 yeayyyy. Tak ada rezeki nak dapat 3.8 ke atas, tak apalah. Ini pun dah ok sangat.

Ok, next cerita.

Rata-rata pelajar postgraduate di sini muda-muda belaka. Muda-muda dah ambil PhD. Mereka ini semua tak ada kerja tetap lagi, majoritilah. Sara diri di kampus ini dengan pekerjaan sebagai Research Assistant. Ada juga yang memang bukan RA, tapi buat kerja lain; pemandu uber/grab car, part time di kedai fotostat, kerja kedai makanan, macam-macamlah kerja yang mereka buat. Biasiswa tak ada, tapi ada beberapa orang ada dapat biasiswa My Brain, biasiswa lain ada juga rasanya. Pandai mereka ni cari dana tau.

Kawan-kawan sekelas aku yang ambil secara part time pula, guna duit simpanan sendiri untuk bayar yuran. Ada yang ambil wang simpanan KWSP, simpanan sendiri, ah macam-macamlah. Respect tau mereka ni. Dalam kalut-kalut mengajar di sekolah, bekerja lagi, masa untuk keluarga, masa untuk kuliah dan assignment, bukan calang orang tau boleh buat begitu. Aku lainlah, makan tidur belajar saja kat sini (hmmm... tiba-tiba rasa down sebab malulah, full time, ambil 2 subjek saja, 4 flat pun tak boleh). 

Keputusan HLP dah tahu kan. Tiba-tiba rasa sedih pula sebab sem depan ialah sem terakhir aku di sini waaaa... sedihnya. Seronok tau belajar ni, dalam masa yang sama gaji jalan, elaun masyuk hikhik... pastu tak yah gi mengajar kahkahkah... ampun BTP ampun KPM, eh salah... terima kasih penaja. 

Insya Allah, next journey, ada rezeki kita sambung PhD ya. Harapnya dapat ke UK eh eh...




Thursday, January 05, 2017

minggu pertama 2017

at 7:25 PM 0 jika kau rasa Links to this post
Assalamualaikum

Sesi persekolahan yang baru bermula. Buat pertama kali dalam sejarah aku bergelar cikgu, aku tak berada di sekolah pun. Rindu sebenarnya nak sibuk-sibuk hias kelas, nak pakai baju cantik-cantik di hari pertama sekolah, tapi aku pasti satu hari nanti, aku lebih rindukan zaman bergelar pelajar sekarang.

Tadi aku ternampak seorang kawan aku post dalam Facebook, katanya minggu pertama sekolah ini segala-galanya serba kekurangan di kelas Tahun 1 nya. Dekorasi kelas yang ala kadar, dengan bajet yang minima (bajet cikgu itu sendiri keluarkan, sebab sekolah tak bagi bajet katanya). Walaubagaimanapun, katanya anak-anak didik Tahun 1 itu tetap bersemangat meneruskan  persekolahan.

Dulu, masa aku mula-mula jadi cikgu, aku teringat aku sangat kedekut mahu keluarkan duit untuk hias kelas. Maka duduklah aku dalam kelas pemulihan aku tu (waktu itu aku menumpang di kuarters guru) dalam keadaan serba daif. Dinding putih tidak bercat, dan satu BBM pun tidak ada di dinding kelas. Sebagaimana keadaan kelas aku terima di awal tahun, sebegitu jugalah keadaan kelas sepanjang setahun aku di situ.

Kemudian seorang guru baru datang, PK KK baru sekolah kami. Pejabatnya berkongsi dengan kelas aku, sebuah bilik tidur di kuarters guru itu dia jadikan sebagai pejabatnya sebab masa itu sekolah kami kekurangan bilik. PK KK itu pula seorang yang sangat pengemas dan suka keadaan yang cantik-cantik. Dari bilik tidur yang buruk, dia cat semula kelasnya dan jadikan sebuah pejabat yang cukup cantik.

Masa itu aku bagaikan baru terbuka mata dan minda. Duit yang PK KK itu gunakan untuk dekorasi pejabatnya semua duit gajinya sendiri. Masa itu aku rasa betul-betul tercabar. Aku graduan kejuruteraan, pelajar cemerlang KPLI, tapi kelas yang buruk ini pun aku tak boleh handle. End up, aku cat kelas aku cantik-cantik, meja aku alaskan dengan pembalut hadiah dan plastik lutsinar, skirting aku beli kain ela dan aku just jahit sisi kain tu (bakar guna lilin pun boleh untuk matikan benang yang berjuntai), langsir beli kain yang langsir yang tebal dan mahal (tingkap aku cuma 3 saja jadi bajet langsir tak banyak). Langsir aku gantung dengan dawai.

Aku tiba-tiba teringat dengan semua ini sebab aku terbaca status kawan aku tadi. Di sekolah lama tempat aku bertugas, sebelum sesi persekolahan yang baru, kami guru-guru akan pastikan keadaan kelas adalah kondusif, dihias secantik yang boleh untuk murid-murid kami. Mesin laminate sekolah sudah rosak, dan memiliki mesin laminate sendiri adalah perkara yang common di sekolah kami. Setakat hendak print tag nama budak siap kartun-kartun, itu adalah sesuatu yang biasa di sekolah kami, walaupun bajet itu sendiri yang keluarkan.

Cikgu, jadi guru tidak usah berkira. Setakat lima puluh ringgit ke seratus itu, usahlah berkira. Insya Allah, 'dunia-sebelah-sana' nanti akan kita tuai hasilnya. Jangan berkeluh-kesah cikgu kalau setakat hendak beli kad manila dan marker dengan duit kita sendiri. Dulu aku selalu juga mengeluh, semuanya duit sendiri, tapi, betul kata mantan PK KK kami dulu, rezeki itu tidak pernah rasa tidak cukup, bila kita ikhlas untuk anak-anak didik kita.

Have fun mengajar. 

Friday, December 30, 2016

Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan anyone?

at 3:06 PM 1 jika kau rasa Links to this post
Assalamualaikum


Mesti semua dah tertunggu-tunggu dah kan, bilalah iklan permohonan Biasiswa HLP ni nak keluar.

Haa... ni haa... kenyataan rasmi dari Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM.


Maklumat Berkaitan Program Penajaan Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program penajaan bagi membolehkan proses permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017. Perubahan dan penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017.



Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang. Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM melalui laman sesawang Kementerian (http://www.moe.gov.my/…/2762-maklumat-berkaitan-program-pen…) secara berperingkat sebelum iklan penawaran dikeluarkan. Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan difahami oleh setiap bakal pemohon bagi mendapat kefahaman yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.


Sekian, terima kasih.

Maksudnya, korang kenalah update maklumat dalam e-operasi tu semua. Yang pegawai PPD atau JPN ni aku tak tahu pulak macam mana sebab e-operasi ni kan untuk cikgu-cikgu je kan hmmm....

Okaylah, ni aku nak bagitahu satu tips macam mana nak mohon HLP ni, eh eh, boleh ke dikatakan tips hikhik...

Masa aku pergi temuduga HLP ni tahun 2015 dulu, antara yang temuduga dengan aku masa tu ialah cikgu-cikgu sekolah menengah & pensyarah IPG. Aku terima HLP tahun 2016, masuk universiti sambung master start bulan Septermber 2016. Masa temuduga tu memang aku kecut perutlah sebab aku fikir, alamakkkk, kena temuduga sekali dengan pensyarah IPG. Yang seorang tu sedang sambung Phd, dia nak mohon HLP ni sebab nakkan kemudahan cuti belajar tu. Katanya penat dan susah sangat ambil Phd dan dalam masa yang sama mengajar di IPG. 

Aku cuaklah, sebab yang pensyarah IPG ni macam hebat sangat. Yang cikgu sekolah menengah tu pula pun bawa fail siap 2, 3 ketul. Aku bawa fail sijil-sijil aku seketul je dan salinan proposal aku yang tah apa-apa. Dahlah aku ni cuma cikgu sekolah rendah je. Muka sememeh, blazer takdak, sebab mahal so pikir 68 kali nak beli ke tak. Tapi, rupanya, buat rugi je aku cuak hehe... sebab, Biasiswa HLP ini ada kuota tertentu. Haa... kuota macam mana tu?

Ok. Yang dapat HLP ni dari zon Timur (zon Sabah Sarawak), ada 30 orang. Untuk 2016 lah. Untuk seluruh Malaysia dalam 300++ aku lupalah, mana tah buku aku yang aku catit jumlah yang tepat hari tu. Kat rumah kut, maklum dah dapat HLP so aku dah malas dah nak ambil kesah berapa orang yang dapat. Yang penting aku dapat wkwkwkwk...

Kuota HLP macam ni:

Ada kuota untuk cikgu sekolah rendah
Ada kuota untuk cikgu sekolah menengah
Ada kuota untuk cikgu Kolej Vokasional
Ada kuota untuk pensyarah IPG
Ada kuota untuk pensyarah Kolej Matrikulasi
Ada kuota untuk pegawai PPD / JPN

Haaa camtulah kiranya. So, kalau korang cikgu sekolah rendah macam aku, yang setakat ajar kelas pemulihan khas ni, yang macam tak dipandang orang, jangan risau. Yang penting semua syarat dipenuhi. Tips lain?

1. Markah LNPT mesti 85% ke atas untuk 3 tahun berturut-turut (yang terkini), aku dapat 90++ untuk 2012, 2013 & 2014, so purata aku dah lebih 90%  jugak. Ini sangat membantu tahu tak, sebab nanti kalau tak silap aku, markah LNPT ni akan bagi markah jugak kat diri kita jugak. Yalah, beribu orang mohon, dah tentu salah satu cara nak saring semua yang memohon ialah dengan cara susun ikut ranking kan. 

2. Buku. Terbitkan buku. Buku apa-apalah. Kebetulan aku ada hasilkan modul bersama dengan guru-guru pemulihan khas lain, so aku bawak modul tu semua, walaupun modul tu nampak sememeh sikit, yalah sebab yang buatnya aku dan kawan-kawan, yang sunting dan editnya aku jugak hmmm... tapi jadilah kan. Untuk kukuhkan permohonan korang.

3. Kalau takde buku? Apakata korang buat blog atau page FB? Yang bagi informasi kepada semua cikgu-cikgu di luar sana. At least ada usaha untuk korang memperkenalkan satu lagi sisi hidup korang, yalah kan, selain jadi cikgu kat sekolah, jadi cikgu kat alam maya jugak hahahaaa...

4. Temuduga. Masa temuduga, kalau penemuduga tu suruh perkenalkan diri dalam BI, cakap je BI. Ala, ayat perkenalkan diri dalam BI korang boleh karang siap-siap kat rumah. Aku hari tu tak expect pun disuruh perkenalkan diri dalam BI, aku pun cakap je. Grammar salah biaq pi, yang penting aku dah cuba sehabis daya.

5. TAJUK PROPOSAL: mesti menarik perhatian. Serius aku cakap, tajuk proposal kajian aku SANGAT MENARIK PERHATIAN hikhik... ok tak nak cakap apa tajuk. Sebab memang aku nak buat pasal tajuk ni pun untuk research aku nanti.


OK... selebihnya tawakal. Ada rezeki, adalah tu. Mungkin ada orang kata, ala, takde biasiswa takpelah. Boleh gak sambung belajar. Tapi meh akak nak story sikit. Bila kita sambung belajar dengan biasiswa ni, dia macam satu rasa yang tak dapat digambarkan tau tak. 

Peluang untuk jadi pelajar sepenuh masa, peluang untuk tinggal di kampus, peluang untuk jadi muda balik hikhikhik... peluang untuk explore kampus yang jauh-jauh dari rumah (ada elaun bawa keluarga untuk yang dah berkeluarga), so jangan susah hati. Insya Allah duit itu cukup. 

All the best. 

Serius cakap, aku seronok di sini. Rindu rumah, tapi ya, di sini tetap seronok. 



 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei